Monday, September 30, 2013

Praktikal sebagai guru tinggal seribu kenangan

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah, akhirnya selama 3 bulan ini praktikal sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Sungai Buloh meninggalkan 1001 kenangan yang memang takleh saya lupakan. Sedih nak tinggaikan sekolah tu dan gembira sebab dah tamatkan pengajian DIPLOMA. Sebenaqnya jadi guru ni tak mudah yang kita sangkakan, bermain dengan emosi bagaimana nak handle budak budak memang sesuatu yang sangat lah mencabaq malah dengan kerja yang lain lain seperti aktiviti sekolah, kem, kursus dan sebagainya. Benda baru yang saya dapat jenis macam saya ni tak pernah naik hangin tapi bila dengan budak budak ni terus naik hangin. hehe Tapi tak adalah sampai nak pukui dan tengking. Biasa lah budak budak perangai macam kita dulu jugak kan kan. hehe

Nak ungkap balik kenangan kat sekolah tu, masa bulan pertama saya di transferkan ke sebelah pagi dan mengajaq darjah 4 untuk English dan darjah 6 untuk Sivik dan Seni. Bagi saya lah, Sivik dan Seni adalah subjek yang paling mudah dan mudah untuk di ajaq. Kalau English ni saya kena banyak menggunakan 'body language' , sebab budak-2 memang susah nak faham apa yg saya maksudkan. Terutama melibatkan Grammar dan Writing skill. Sangat lah mencabaq nak ajaq bebudak ni. Kekadang terasa give up pun ada, tpi perjuangan tetap kena teruskan sebab saya ni jenis selagi org tu tak dapat apa yg saya ajaq, saya akan buat dia sampai faham apa yg saya ajaq. Darjah 4 ni kelas kedua terakhir, jadi banyak LESSON PLAN saya kena ada GAMES iaitu melibatkan GROUP. Budak budak akan rasa seronok dan dari situ depa mudah untuk faham. haaa betoii. hehe

Bila masuk bulan kedua, waktu tu mulanya puasa. Saya di arahkan untuk transfer ke sebelah petang. Bagus jugak dapat macam ni sebab saya boleh rasa kedua dua masa. ye dak??hee ermm saya ditugaskan mengajaq Darjah 1. Syukur Alhamdulillah, kelas yang saya dapat ni kelas kedua iaitu 1 Neptune. haa apa yg menariknya tentang kelas ni, ada banyak bilangan kaum sebagai contoh ada yang dari Indonesia, Bugis dan Jawa. Sangat sangat have fun dan enjoy ajaq budak budak ni, sebab depa mudah cepat tangkap apa yang saya ajaq. Tapi ada sesetengah tu memang pandai tapi malas nak ikut arahan saya. Rasa nak marah tu memang lah, tapi nak marah lama lama rasa kesian lak, sebab depa budak-2 lagi.hee btw budak-2 kelas saya ni semuanya cute miut. Kalau tengok lama lama bileh jatuh cinta tawukkk??XD

Overal, cikgu cikgu, staf sekolah tu, makcik makcik cleaner dan makcik makcik kantin semuanya peramah. Bagi yang nak praktikal dekat sekolah, saya suggestkan anda semua pilih SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU SEMPAK SUNGAI BULOH. Sekolah ni memang terbaik dan cantik! :)


My students. 1 Neptune. :)

No comments:

Post a Comment