Tuesday, June 4, 2013

Ke jogyakarta indonesia

Assalamualaikum~

Apa khabar semua?sihat?ok,nak cerita sikit tempat syok kat yogyakarta.Ahamdulillah pada 18.5.2013 hari Sabtu,saya dan kawan-kawan satu universiti secara beramai-ramai bercuti ke Indonesia.Destinasi kami semua ke Yogyakarta dan Bandung!! Sangat seronokkk.=D

Naiki flight pukul 4.40 petang waktu Malaysia,tapi saya sampai lebih awai dari waktunya.Terlalu seronok katakan.ehe Sesudah sampai Lapangan Terbang Jakarta pukul 7 malam lebih kurang waktu macam itulah sebab indonesia lebih awai sejam dari Malaysia.Destinasi seterusnya ke Jogyakarta dahulu.Sejujurnya saya tak tau perjalanan dari Jakarta ke Yogyakarta tersangatlah jauh,ambil masa 14 jam untuk sampai ke sana menaiki bas.Kalau bagi yang tak tahan menunggu macam saya ni,baik naik flight dari Jakarta ke Yogyakarta.Jangan menyesal nanti,peringatan untuk hampa semua!hehe

Ada satu destinasi paling syok kat sini,rasanya hampa semua tau iaitu MALIOBORO.haaa sini boleh lah hampa semua nak beli T-shirt yang ada gambaq melambangkan Yogyakarta dan di sini jugak,ada orang habaq tempat pengeluaq batik yang berkualiti elok.Sayang sangat tak dapat beli sehelai untuk diri sendiri.Secara kebetulan tau waktu tu dah nak berangkat ke Bandung.sedih sat.hurmm ='( Kepada yang p jangan lupa beli batik kt sana,hampa semua takkan menyesai.sudah lah murah dan berkualiti pulak tu.Kalau yang berminat design jenis Dress pun ada,kemeja dan juga jubah.Harga dekat sana memang sangat murah jadi yang nak kesana buat perancangan betoi-betoi dan bawak duit banyak sikit.Mesti puas hati.=D

Ada kenangan menarik yang tak boleh saya lupa,iaitu ke kedai Samsung.ehe waktu tu memang tercari-cari kedai alat komunikasi sebab hati ni teringin sangat nak beli Sim Card,di sana orang panggey SimPati.Dan jugak Top up disana orang panggey PULSA.haa di ulang PULSA.hehe seronok jugak belajaq bahasa sana.Kalau nak habaq,memang dekat sana saya cuba bercakap loghat sana,saja nak meng test diri dan memang seronok.Nasib baik faham apa yang di cakapkan.Yang paling sedih gambaq tangkap sendiri tak ada sebab terlupa bawak kamera.Kebetulan pulak handphone nya kamera blur.seriously moody sat waktu tu.=')

Gambaq di ambil di internet.
Macam ini lah suasana dekat sana,memang cantik view dia.Dan paling seronok di sekitar jalan ada gerai makanan dan jugak para-para artis yang berbakat bermain muzik dan menyanyi malah ada beca yang disewakan untuk pelancong.

Perjalanan seterusnya ke Gunung Merapi,Yogyakarta.Sekian....

No comments:

Post a Comment