Syukur Alhamdulillah, akhirnya hampir sampai ke penghujung pelajaran.Final Exam sudah habis baru-baru ni.Sebak jugak hati bila nak berpisah dengan rakan-rakan sekelas.Bukan mudah sebenaqnya nak berlakon depan semua orang yang kita ni kuat.Imbas balik kenangan dari semester pertama rasa macam nak sangat patah balik. Selepas ni tak mungkin akan ada orang yang sama dalam kelas.Itu dah semestinya,masing-masing akan sambung ke tempat lain.

Banyak benda nak di cakapkan dengan mereka semua ni.Terima kasih sebab banyak bagi sokongan,nasihat,dorongan.Terima kasih juga sebab sudi tolong saat susah dan terima kasih sebab prihatin dengan diri ni.Aza banyak terhutang budi dengan mereka semua ni.Tak termampu nak ucapkan dekat depan semua.Hanya mampu taip dekat dalam ni.PALING penting lepas masing-masing dah graduate,jangan lupakan saya di sini. Sayang anda semua.<3
Ikhlas,
Aza Aziz
No comments:
Post a Comment